Friday, April 2, 2010

Perginyer seorg pelawak......




sedar atau tidak sedar kite telah kehilangan sorg pelawak yg verstail iaitu Mior Ahmad Fuad a.k.a Din Beramboi...Allahyarham mmg buat kite gelak sampai x tahan namun sekarang ni tidak lg....ape2 pun kita sedekah Al-Fatihah utk Allahyarham semoga ditempatkan org yg beriman....

ni berita selanjutnya....


KL, 2 APRIL 2010: Terkejut Murai Batu apabila mendapat tahu berita kematian pelawak dan penyampai radio Riuh Pagi Era, Din Beramboi yang telah kembali ke rahmatullah di Wad ICU, Hospital Selayang pada jam 12.30 tengah malam.

Sebab sehari sebelumnya, Allahyarham Din telah menunjukkan tanda-tanda yang dia semakin stabil. Tup-tup, lain puilak ceritanya. Agaknya Tuhan lebih sayangkan dia. Jadi, redhakanlah pemergian dia.

Cuma yang mendatangkan kemusykilan pada Murai Batu, bagaimana agaknya suasana segmen Riuh Pagi Era selepas ketiadaan Din Beramboi nanti? Selangkan suaranya tidak kedengaran beberapa hari pun, pendengar Era dah rasa rindu, inikan pula bila Din Beramboi benar-benar tiada.

Satu lagi, bagaimana agaknya hari-hari yang perlu dilalui Pak Nil setiap pagi di konti Era setelah ketiadaan penyampai radio gandingannya itu nanti? Tentu Pak Nil adalah di antara orang-orang di sekeliling yang paling terasa sekali dengan pemergian mengejut Allahyarham Din ini.

Apakah tempatnya Din Beramboi akan diganti orang lain atau hanya Pak Nil saja yang akan kendalikan segmen Riuh Pagi Era selepas ini? Nampaknya, Pengurus ERa FM, Nazri Noran pun masih tak mampu menjawabnya. Al-maklumlah, seluruh warga Era FM pastinya sedang berkabung pada saat ini,

Entahlah Murai Batu pun tak tahu nak jawab macam mana. Murai Batu pun rasa kelu. Susah rasanya nak percaya yang Allahyarham Din sudah tiada.

Malah, Murai Batu rasa macam dia masih ada. Lebih-lebih lagi bila teringatkan gelagatnya, kata-katanya, gurau sendanya dan perangai gila-gilanya, semua tu buatkan Murai Batu rasa tersenyum dalam pilu.

Cuma satu saja yang buatkan Murai Batu rasa terkilan. Allahyarham Din memang sangat-sangat teruja untuk menghadiri Anugerah Bintang Popular 2009 yang bakal diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 4 April ini.

Lebih-lebih lagi selepas namanya tersenarai sebagai salah seorang Top 5 bagi kategori Penyampai Radio Lelaki Paling Popular. Tapi, apakan daya, hajatnya untuk naik ke kota keriangan itu bersama keluarganya tidak kesampaian.

Tapi, siapa tahu rezeki akan berpihak pada sebagai pemenang Penyampai Radio Lelaki Paling Popular nanti. Segalanya tak mustahilkan?