Monday, July 5, 2010

The Curse of 8

dh lama x update blog...rockstar zaman dulu kena the curse of 27....skang ni lak no.8 lak dan ni mangsa2nya....






Dimebag Darrell (Pantera) died at 38







The Rev (Avenged Sevenfold) died at 28







Peter Steele (Type O Negative) died at 48






Ronnie James Dio (Dio & Heaven & Hell) died at 68









Paul Gray (Slipknot) died at 38

Who's next?

Friday, April 2, 2010

Perginyer seorg pelawak......




sedar atau tidak sedar kite telah kehilangan sorg pelawak yg verstail iaitu Mior Ahmad Fuad a.k.a Din Beramboi...Allahyarham mmg buat kite gelak sampai x tahan namun sekarang ni tidak lg....ape2 pun kita sedekah Al-Fatihah utk Allahyarham semoga ditempatkan org yg beriman....

ni berita selanjutnya....


KL, 2 APRIL 2010: Terkejut Murai Batu apabila mendapat tahu berita kematian pelawak dan penyampai radio Riuh Pagi Era, Din Beramboi yang telah kembali ke rahmatullah di Wad ICU, Hospital Selayang pada jam 12.30 tengah malam.

Sebab sehari sebelumnya, Allahyarham Din telah menunjukkan tanda-tanda yang dia semakin stabil. Tup-tup, lain puilak ceritanya. Agaknya Tuhan lebih sayangkan dia. Jadi, redhakanlah pemergian dia.

Cuma yang mendatangkan kemusykilan pada Murai Batu, bagaimana agaknya suasana segmen Riuh Pagi Era selepas ketiadaan Din Beramboi nanti? Selangkan suaranya tidak kedengaran beberapa hari pun, pendengar Era dah rasa rindu, inikan pula bila Din Beramboi benar-benar tiada.

Satu lagi, bagaimana agaknya hari-hari yang perlu dilalui Pak Nil setiap pagi di konti Era setelah ketiadaan penyampai radio gandingannya itu nanti? Tentu Pak Nil adalah di antara orang-orang di sekeliling yang paling terasa sekali dengan pemergian mengejut Allahyarham Din ini.

Apakah tempatnya Din Beramboi akan diganti orang lain atau hanya Pak Nil saja yang akan kendalikan segmen Riuh Pagi Era selepas ini? Nampaknya, Pengurus ERa FM, Nazri Noran pun masih tak mampu menjawabnya. Al-maklumlah, seluruh warga Era FM pastinya sedang berkabung pada saat ini,

Entahlah Murai Batu pun tak tahu nak jawab macam mana. Murai Batu pun rasa kelu. Susah rasanya nak percaya yang Allahyarham Din sudah tiada.

Malah, Murai Batu rasa macam dia masih ada. Lebih-lebih lagi bila teringatkan gelagatnya, kata-katanya, gurau sendanya dan perangai gila-gilanya, semua tu buatkan Murai Batu rasa tersenyum dalam pilu.

Cuma satu saja yang buatkan Murai Batu rasa terkilan. Allahyarham Din memang sangat-sangat teruja untuk menghadiri Anugerah Bintang Popular 2009 yang bakal diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 4 April ini.

Lebih-lebih lagi selepas namanya tersenarai sebagai salah seorang Top 5 bagi kategori Penyampai Radio Lelaki Paling Popular. Tapi, apakan daya, hajatnya untuk naik ke kota keriangan itu bersama keluarganya tidak kesampaian.

Tapi, siapa tahu rezeki akan berpihak pada sebagai pemenang Penyampai Radio Lelaki Paling Popular nanti. Segalanya tak mustahilkan?









Tuesday, March 16, 2010

Let's Headbang.....




lama tul aku x update blog....ahad ni ada jam session kt grido studio k.j...kpd sumer metalhead mari kita gegarkn grido studio....paling malang skali sick society x jd perfom sbb 2 org line-up x free....sick society diganti oleh pogroms.yg laen xder masalah....harap2 ramai org dtg walaupun sick society x perfom........ape2 pun support your malaysian scene....10q.....


























Saturday, February 13, 2010

Unicorn new single



Dimanakah ?
Asal usulnya
Sifat apakah????
Yang tertanam di lubuk hatinya

Bilakah????
Ianya kan berakhir
Mengganggu Naluriku
Wahai ... Puteri patung ...

Unicorn 1996-2001
Nrocinu 2002-2009
Unicorn 2010

Monday, February 1, 2010

Harian Metro Bangsat!!!!!!!! Bahagian ke-2

apa dh jadi ngan Harian Metro?ni kali ke-2 utk tahun 2010 buat citer2 cmni...please la jgn ganggu scene underground Malaysia...kitorg dh serik ngan citer2 bohong korg... korg yg berfikiran cetek.... ni berita selanjutnya.....


Diresapi syaitan

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Amir Abd Hamid

2010/01/05

KUALA LUMPUR: Segelintir pengikut fanatik dan taksub fahaman black metal percaya zikir syaitan serta amalan khurafat yang dilakukan berhubung kait dengan 'hari kebangkitan syaitan' (Dajal) yang didakwa akan menguasai dunia.

Kepercayaan terhadap hari kebangkitan syaitan itu jelas berjaya meresapi segelintir remaja yang terlalu mentah dan menerima konsep terbabit.

Malah, segelintir remaja yang cetek pengetahuan agama mula terjebak apabila mendengar lirik lagu black metal dengan makna memberontak terutama terhadap undang-undang dan hukum agama Islam.

Salah seorang remaja hanya mahu dikenali sebagai Wan, 17, berkata, kebanyakan lirik lagu black metal yang didengarnya sebelum ini mengagungkan kewujudan syaitan yang dianggap lebih berkuasa.

Menurutnya, beberapa kumpulan Black Metal tempatan seperti Annamolly, Nothing Uderneath, Samael & Abraham dan beberapa kumpulan lain kerap menggunakan lirik 'keras' bertentangan dengan akidah.

"Ada sesetengah remaja yang tidak memahami 'maksud' lirik ini akan terpukau dengan bunyi muzik Black Metal yang rancak dan bising.

"Namun bagi segelintir yang menghayati lirik...mereka mengetahui bahawa agenda sebenar muzik ini adalah ke arah kepada kepercayaan tiada Tuhan termasuk Allah SWT," katanya.

Menurutnya, penggunaan kepala kambing serta meminum darah binatang sebagai membuktikan ketaksuban bukan sesuatu yang aneh dan baru berikutan amalan itu sudah wujud sejak beberapa dekad lalu.

"Saya pernah lihat ahli muzik black metal mengambil kepala kambing di dalam karung guni pada satu konsert sebelum ini.

Dia berkata, ketika konsert gig berlangsung, acara kemuncak adalah ahli kumpulan yang melakukan persembahan akan membalingkan kepala kambing kepada penonton sebelum disambut dengan jeritan.

"Penonton hadapan akan merebut kepala kambing itu lalu menadah ke mulut mereka. Adalah satu kebanggaan jika berjaya berbuat demikian," katanya yang mendakwa konsert gig terbabit kerap dihebahkan kepada peminat melalui laman myspace.com di Internet.

"Walaupun bukan semua peminat aliran muzik black metal terlampau fanatik hingga sanggup melakukan perbuatan pelik terbabit, namun kebanyakan peminat di kalangan remaja belasan tahun mudah terjebak atau terikut-ikut dengan budaya sesat akibat ilmu agama yang cetek," katanya.

Bezanya, kebanyakan remaja yang menggemari atau percaya terhadap dakyah khurafat Black Metal ini tidak lagi tampil dengan pakaian hitam dengan simbol bintang, salib terbalik, imej kepala kambing berbanding awal 90-an.

"Golongan ini kini tampak bersih. Namun pemikiran dan ketaksuban terhadap muzik black metal menyebabkan mereka mudah melenting jika ada pihak mengkritik mereka," katanya.

Selepas tersiar laporan mengenai amalan sesat, zikir syaitan 666 Black Metal di muka hadapan Harian Metro semalam, pelbagai tindak balas diberikan pembaca mengenai gejala negatif yang dipercayai melanda dalam senyap segelintir remaja di negara ini.

Ada juga komen pengikut aliran muzik itu yang membidas laporan terbabit menerusi laman sembang popular Facebook termasuk mendakwa mengenali ramai pendengar muzik black metal tetapi mereka tak pernah tinggal sembahyang.

Malah, terdapat komen daripada seorang pembaca menggunakan Neraka sebagai satu daripada nama samarannya yang menyangkal pengakuan remaja seperti yang tersiar semalam.

Bagaimanapun ada juga komen positif yang meminta pihak berkenaan tidak menganggap isu ini sebagai perkara kecil walaupun sudah lama senyap.

Tuesday, January 26, 2010

Pissing In The Mainstream







The media is a tool designed to mold us into slaves
Drugging us into an empty, apathetic daze.
The trick is that we think that everything is going fine
But the truth to our reality lies buried in the mind

I don't give a fuck about the Hollywood elite;
I don't really care if models can't fucking eat.
I don't give a fuck a fuck about which movie is on top.
But what I really know is that the shit has got to stop.

Consumer appetites are never satisfied in full,
cause the objects that they buy can simply never fill the void.
A constant need for meaning, and accumulating shit,
drives the lust in their obsession just to get another fix.

I don't give a fuck about the TV ratings game,
The Real World is not a party, just a place for the insane.
If that reflects reality, then pass another drink
You try to be a millionaire, I'll vomit in the sink.

What the fuck is left to try,
on an avaricious nation on an economic high?
If Rome could last 500 years,
who then will throw the wrench inside our gears?

The bottom line is money on the Western power scene,
where celebrities and porn can let the population dream.
They're pathetic human living in an advertising glut,
who devour with a passion what the mainstream vomits up

Sunday, January 24, 2010

Tipu punya pasal salah taip....


ni la kalo nk tipu sampai tersalah taip....bagus2 korg jdi bahan ketawa....

Sunday, January 17, 2010

apa jadi kalo brg favoret korg dibakar......




Bapakku marah la lagi....
Habeshh CD dibakar
Habeshh zineku dibakar
Habeshh tshirt dibakar

Bapakku marah la lagi....
Habeshh demo dibakar
Habeshh poster dibakar
Habeshh gitar dibakar

Kalau ini macam...
Lebih baik ku jadi mat Dangdut.
Jadi Mat Disko,Jadi Mat pop indon
Jadi Mat Hip-Hop,Jadi Mat racing
Jadi Mat Pet, Baik, jadi BOHJANN!!!

Monday, January 4, 2010

Harian Metro Bangsat!!!!!!!!

Aku amat lah marah dan kecewa dgn Harian Metro...sbb ape?sbb wat citer yg bukan2 la...baru masuk tahun 2010 dah wat citer2 yg palsu....pastu ungkit balek perkara 4-5 tahun lepas psl black metal.... ni citer yg terkini....kpd mat metal aku cadangkan boikot harian metro......


Zikir black metal

KUALA LUMPUR: Setiap malam Jumaat, seorang remaja Islam mendakwa dia membentuk simbol 666 menggunakan kedua-dua belah jari tangan yang diletakkan di dada sebelum membaca kalimah zikir 'f...g God' 666 kali sambil diiringi muzik black metal.

KUALA LUMPUR: Setiap malam Jumaat, seorang remaja Islam mendakwa dia membentuk simbol 666 menggunakan kedua-dua belah jari tangan yang diletakkan di dada sebelum membaca kalimah zikir 'f...g God' 666 kali sambil diiringi muzik black metal.

Sukar dipercayai kenyataannya itu, tetapi itulah hakikatnya kerana menurut remaja terbabit fahaman black metal yang sebelum ini disangka berkubur ternyata meleset kerana ramai di kalangan remaja belasan tahun sepertinya kini 'menganut' ajaran songsang itu dengan melakukan amalan zikir syaitan atau zikir 666 yang dilakukan khas bagi menghina Allah s.w.t.

Mendedahkan perkara itu, remaja lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Syamri, 13, berkata dia menganggotai kumpulan itu sejak sembilan bulan lalu selepas dipengaruhi rakannya.

Menurutnya, amalan bidaah yang diamalkan berkenaan menyebabkan keimanannya kosong serta mengakibatkan dia tidak percaya kepada kewujudan Tuhan.

Dia yang kini menjalani pemulihan akidah dan akhlak di Rumah Iman, Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan Dan Iman Malaysia (Sidim) berkata zikir itu yang diamalkan bukan hanya bertujuan mengeji kewujudan Tuhan, malah bagi mengagungkan syaitan di dalam hati mereka.

"Mungkin ramai yang sukar percaya (zikir keji Tuhan), namun bagi remaja black metal di Perak, Kedah dan Kuala Lumpur, ia bukan perkara asing berikutan ia umpama amalan wajib bagi mendekatkan diri dengan syaitan," katanya dalam pengakuan ketika ditemui wartawan Harian Metro, baru-baru ini.

Dia mendakwa mula 'tersesat jalan' selepas terpengaruh rakan sebaya termasuk teman wanita yang terlebih dulu bergelumang dengan 'ajaran' muzik berkenaan.

"Mulanya saya hanya suka-suka menyertai persembahan 'gig' yang diadakan di sebuah stadium di Ipoh, Perak selain konsert 'jamming' di beberapa studio atau pusat latihan muzik di sekitar Ipoh.

"Kami biasanya membayar antara RM15 hingga RM30 untuk menyertai konsert band black metal berkenaan yang boleh dikatakan dianjurkan setiap minggu termasuk di ibu kota," katanya.

Menurutnya, minat mendalam terhadap muzik keras itu menyebabkan dia kemaruk hampir saban minggu untuk mengunjungi konsert apatah lagi selepas berkawan rapat dengan beberapa ahli kumpulan muzik black metal.

"Saya dipujuk memakai rantai leher dengan lambang salib terbalik, selain lambang bintang tidak ubah seperti simbol bendera zionis sebagai bukti menjadi sebahagian daripada mereka.

"Tidak cukup dengan itu, saya diajar mengamalkan zikir khas yang perlu dilakukan untuk menyucikan hati kononnya Tuhan tidak wujud sebaliknya perlu memuja syaitan," katanya.

Syamri yang insaf menyatakan mengamalkan ajaran zikir khas terbabit yang perlu dilakukan dengan beberapa kaedah tertentu.

"Saya perlu membengkokkan jari bagi membentuk simbol 666 (syaitan) sebelum ia dirapatkan pada dada. Sambil duduk bersila, saya kemudian perlu zikir 'f.....g God' di dalam hati 666 kali.


"Biasanya saya melakukan upacara ini dalam bilik tidur sambil membuka muzik kumpulan Suicide Silent atau Devil Wear Prada.

"Ketika itu hati perlu diletakkan penuh taksub hanya kepada syaitan yang didakwa mampu dijadikan sebagai pelindung," katanya.

Menurutnya, amalan gila ini sedikit demi sedikit menjadikan hatinya menjadi gelap selain mula tidak percaya dengan kewujudan Tuhan.

"Malah, sikap saya menjadi semakin agresif hingga sanggup memaki-hamun ibu bapa sendiri selain memusuhi ustazah di sekolah. Saya menjadi terlalu liar kerana amalan zikir syaitan itu bagaikan meresap sepenuhnya dalam sanubari," katanya.

Syamri dengan suara kesal mendakwa dia benar-benar menjadi sesat dan tidak lagi menganggap dirinya sebagai penganut ajaran Islam.

Menurutnya, pergaulan tidak terkawal menyebabkan dia melarikan diri dari rumah beberapa minggu sebelum ditemui ahli keluarga.

"Akibatnya saya diikat bapa sebelum dikurung tiga hari dalam bilik. Ketika itu saya tidak henti-henti membaca zikir 666 dengan harapan akan mendapat bantuan syaitan.

"Namun, akhirnya saya sedar, zikir karut berkenaan tidak bermakna apa-apa sebaliknya hanya menyebabkan jiwa saya semakin sesat. Zikir itu langsung tidak dapat membantu saya melepaskan diri dari dalam bilik itu. Kesedaran muncul mendadak menyebabkan saya mula berfikir sebelum dihantar keluarga ke rumah sahabat Sidim untuk menjalani rawatan kerohanian dan kembali ke jalan benar," katanya.

ni pendapat2 psl artikel ni

Alright, dengar ini. Si Syamri tu seorang individual. Dia sendiri nak pilih jalan macam tu, biarlah dia buat, tapi jangan kata tu influence Black Metal. Kami semua ade hak dengar muzik2 dari semua genre, termasuk Black Metal. Banyak yang dengar black metal tetap hormat Allah, Jesus, Buddha, semua. Banyak yang dengar black metal and pergi gig metal pun ade sembahyang, tak f*ck God, tak cakap benda mcm tu. Sebab? Kitorang dengar muzik untuk enjoy, untuk jadi manusia biasa. Takkan saja sbb Tuhan, kitorang tak dapat ada hobby2 mcm dengar music? Kawan2 I semua ahli2 kumpulan black metal, tapi diaorang semua baik hati, pandai dan matang. Diaorang tak campur muzik dengan agama, muzik tu muzik, agama tu agama. Jangan salahkan musik kitorang kalau budak2 dari zaman ni dah tak hormat agama. Tu hal diaorang, bukan muzik. Bukan semua ikut cara si Syamri tu.

klmosher


aku juz nk kongsi gak ler pendapat..walau benar atau salah tentang muzik black metal itu menyesatkan atau tidak kita serahkan pada yang arif. cuma mesej yang perlu kita lihat adalah ajaran sesat ini mengambil kesempatan untuk mempengaruhi dan menukar akidah manusia kepada mereka(anak2 muda) yang sebenarnya masih tidak faham dan belum boleh menilai asal usul muzik dan latar belakang, kebanyakan mereka hanya mengikut kata pada orang yang mempunyai pengaruh. pengaruh disini bukan la org kenamaan tetapi pengaruh dikalangan remaja itu sendiri yang sering dijadikan sandaran dan kepercayaan pd individu tersebut. dari sini lah sebenarnya mesej yang penting iaitu apa kata kita yang sudah tahu akan kesangsian dan salah faham terhadap muzik yang heavy/metal sudah dipesongkan oleh pihak yg mengambil kesempatan ini di siasat dan kita tgk apakah cara mereka mempengaruhi remaja kita dan dari situlah kita banteras dan tamat kan segal sengketa mereka..barulah kita boleh protect muzik2 tuu dan remaja kita...nih cadangan aku jer..hope it usefull

zaron


bagi saya mereka ni sekadar mendegar muzik tanpa main instrument...layan muzik kosong shaja...sepatutnya mereka ini perlu ada minat untuk belajar bermain alat muzik...sekurang2 ada aktiviti daripada melepak tak tentu hala dan boleh meningkatkan skill bermain gitar...saya juga ada membeli cd devil wear prada...dan biasa bermian gitar lagu mereka...tetapi tidak pula terpengaruh malah meningkatkat pengetahun saya dalam teknik2 bermain gitar...ini kerana devil wears prada mempunyai teechnical petikan gitar yang rumit dan sukar dimhiri...tetapi itu adalah satu faktor yg baik untuk terus mencuba...saya tidak setuju jika anda kata band2 seperti ini merosakkan...pokoknya disini terletak kepada kecerdikan pendengar muzik itu sendiri....tepuk dada tanya selera...

adi


aku mcm tak bersetuju sikit bab ni.budak ni pshyco kot. nth mana2 zikir dia belajar nth. tadaknya pendengar muzik black metal nak buat mcm tu.yg jd tabligh pun ada kot.siap ada band lagi.but no wonder la, bdk ni pun baru umur 13 thn. kita tak boleh nak salahkan muzik tu kalau pengikut dia dh tak mcm manusia. habis,yg manusia beragama islam terkinja-kinja dlm clubbing dgn baju pun berukuran satu inci ja tak da pulak org nak tunding-tunding.mabuk sana sini.freesex bagai.pada dasarnya, benda semua sama, tinggal kita sendiri nak intepret dgn cara kita samada nak ikut yg baik atau buruk. itu ja.

DARRR


sy seorg peminat muzik metal. berada di sini bukan utk menyokong muzik metal. cume mahukan kepastian & kebenaran supaya tiada yg salah faham dgn apa yg disampaikan. berminat utk memberi komen utk beberape point yg sy percaya tidak tepat sama skali.

"Mulanya saya hanya suka-suka menyertai persembahan 'gig' yang diadakan di sebuah stadium di Ipoh, Perak selain konsert 'jamming' di beberapa studio atau pusat latihan muzik di sekitar Ipoh.
- di Malaysia, utk muzik metal, setakat ini belom pernah lg gig metal dianjurkan setiap minggu.boleh difikirkan logiknya di mana permit utk menganjurkan gig bukanlah sesuatu yg boleh didapati setiap minggu dgn mudahnya. sy x pasti di mana "budak" ini tgk konsert yg dikatakannya konsert blackmetal.

"Biasanya saya melakukan upacara ini dalam bilik tidur sambil membuka muzik kumpulan Suicide Silent atau Devil Wear Prada.
Kumpulan Suicide Silent(saya percaya ejaan sebenarnya Suicide Silence) bukanlah kumpulan blackmetal. Begitu juga dgn kumpulan Devil Wears Prada. Boleh rujuk laman berikut utk maklumat dan cubalah cari perkataan blackmetal dlm laman tersebut yg mana sy percaya mmg tiada kaitan langsong dgn muzik blackmetal
Suicide Silence - http://www.myspace.com/suicidesilence
The Devil Wears Prada -
http://www.myspace.com/tdwp

pengemis khabar yg jujur & tulus


apa punya artikel laa.. merepek tul.. tak sudah sudah lagi nak menjahanamkan scene muzik bukan mainstream yang kecik kat malaysia ni? adeh.. carilaa artikel lain.. remaja mabuk kat club ke.. ramai lagi yang lebih sesat tanpa perlu mengaku memuja syaitan kat malaysia ni..

nama saya

this is a fake story~
suicide silence and devil wears prada is not a black metal band!
u guys are totally making up stories...
zikir 666? hahaha funny... theres no such thing zikir ke sembah ke or watever...
i against this statement.... fitnah itu dosa besar! tak baik reka cerita....
kaji and selidik dulu br buat cerita....
goodbye and good luck..
support our local band! jgn jatuh kan underground scene kami!


araya

Friday, January 1, 2010

Azam 2010

azam tahun ni aku nk jadik seorg pro guitarist....